Wednesday 3 September 2014

MENGAPA BABY DIBEDUNGKAN? - KELEBIHAN & KEPENTINGAN BEDUNG BABY

Salam Ibu Ayah Semua,

Pernah tak ibu ayah terfikir mengapa baby dibedungkan seawal mereka dilahirkan?
Apa kesan positif yang menyebabkan amalan membedung baby merupakan satu perkara utama yang perlu ibu-ibu belajar dan praktikkan kepada si manja mereka.

Mari kita kongsikan 

KELEBIHAN & KEPENTINGAN MEMBEDUNG BAYI;


  • membantu bayi tidur lebih lena apabila dibedung dengan kemas.
  • meluruskan kaki bayi apabila diikat lurus dan ketat dibahagian badan dan kaki.
  • mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak akibat bunyi bising sekeliling mereka 
  • membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa – bayi merasa hangat seperti didalam kandungan ibunya (9 bulan duduk dalam rahim ibu..pasti baby rasa selesa dan selamat..yang penting baby sukakan kehangatan)
  • mengelakkan baby dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan. Kebanyakan baby mempunyai kuku yang tajam sehingga boleh mencederakan badan dan mukanya. Selain itu, ia menghalang baby dari menghisap sarung tangan yang dipakai.
  • mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut. 


  • Aisyah Imani bebas tanpa dibedung



    Aisyah Imani lena dibedung


    Wah, sungguh lena apabila Aisyah Imani dibedungkan. Dan struktur badan Aisyah diikat dengan ketat dan kemas seperti ketika Aisyah di dalam kandungan mama. Baby merasakan mereka dipeluk dengan erat apabila dibedungkan dengan betul.

    Gambar di atas, Aisyah masih tidur walaupon tidak dibedung. Tetapi ternyata Aisyah tidak lena kerana banyak bergerak semasa tidurnya. Sekejap-sekejap rasa terperanjat dan perlu didodoi untuk tidurkan semula. Bedung yang dibeli, boleh juga dijadikan alas tidur, selimut ataupun tuala mandi. Kerana material cotton flannel yang terbaik ini memang sangat lembut dan mudah menyerap lembapan

    * aksi Aisyah Imani 10 hari berbedung dan tidak berbedung.

    Ingin tahu cara untuk dapatkan BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK ini?


    Cepat hubungi kami.

    Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
    Call/Wasap/Msg: 012-9334940
    Fb: Nastasha Nordin
    blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
    email: nastasha.nordin@gmail.com


    No comments:

    Post a Comment