Thursday, 4 September 2014

BEDUNG ANAK SEHINGGA DEWASA? - MEMBEDUNG BAYI, BUDAYA YANG DILUPAKAN

Bedung Budaya Yang Dilupakan. 
Asas Hudud Bagi Bayi

Orang tua-tua dulu-dulu memberi nasihat kepada ibu-ibu muda jika tidak membedung anak akan menjadikan anak kengkang jalannya. Tapi pada hakikatnya membedung itu mempunyai Kelebihan yang tersendiri dari segi pendidikan jika kita tahu kebaikan dan kelebihanya. Jika mereka kengkang secara fiziklal saja tak apa. Tetapi yang paling kita takuti ialah kengkang juga rohani atau akhlaknya.

Dewasa ini kebanyakan bayi yang baru lahiroleh ibu bapa moden menggunakan cara yang ringkas. umpamanya apabila anak yag baru lahir terus sahaja dipakaikan lampin pakai buang. Maklumlah zaman sudah berubahdan cara kehidupan kita juga sudah berubah.

Apa yang kami ingin nampakkan di sini adalah peri penting untuk meneruskan kesinambungan budaya membedung bayi yang baru lahir. Tahukah anda bahawa bayi tidak mempunyai penglihatan semasa dilahirkan? Walaupun matanya kita lihat seperti celik, yang ada pada bayi tersebut hanyalah pendengaran.

Al Quran sendiri menjelaskan fenomena ini dalam surah 16. An Nahl 78. 

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.

Begitulah asal perkembangan manusia, lahir hanya berbekalkan pendengaran, selepas kira-kira 3 bulan barulah bayi dapat pengelihatan. Hati bayi pula mula berfungsi apabila mereka mula mampu berkata-kata. Itulah tanda perkembangan hidup kita. Untuk para ibu sekelian bayi-bayi yang baru dilahirkan ada baiknya kita “bedung” mereka.
Ada juga ibu-ibu moden mengatakan tak sesuai untuk membedung bayi dengan alasan bayi panas, ganggu pergerakan motorik anggota dan perkembangan otak dan bermacam-macam lagi. Ingin kami kongsikan “significance” membedung bayi terhadap perkembangan jasad dan sahsiah bayi itu sendiri.

Di dalam rahim ibu, bayi terlindung sepenuhnya, hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan bunyi dan cahaya. Oleh kerana bayi tidak dapat melihat sebaik dilahirkan, maka hanya deria pendengaran dan sedikit deria rasa saja yang ia ada. Ini akan membuatkan bayi “over-react” pada bunyi dan sentuhan. Ini membuatkan bayi terlalu sensitif dengan ransangan bunyi dan sentuhan itu dan mudah terkejut dan terganggu, khususnya waktu tidur. Tanpa ketenangan itu proses kematangan tisu dan otak akan terganggu.

Sebagaimana bayi perlu tidur yang cukup. Begitulah juga kesinambungan anggota yang perlu ditenangkan untuk memberi peluang kematangan sel-sel otak dan anggota untuk matang. Kejutan demi kejutan akan menyebabkan bayi terganggu bukan saja fizikalnya, malah perkembangan otaknya. Selain itu, tidak kurang bayi yang gagal mengawal tangan dan jari sehingga tanpa sedar melukakan mulut, mata, hidung dan telinga mereka.

Ini agak berbeza dengan pandangan sesetengah ibu moden yang mengatakan membedung akan mengganggu perkembangan bayi.

Aisyah Imani lena tidur berbedung seawal sehari dilahirkan


Cuba perhatikan. Bagi mereka yang terlewat membedung bayi, akan dapat melihat tindakbalas bayi berupa protes terhadap bedungan pada hari pertama. Tangan atau kaki sukar untuk diluruskan. Secara psikologi pula, tujuan bayi yang baru dilahirkan dibedung adalah untuk membiasakan anak itu dari awal lagi tentang unsur-unsur batas. Itulah pengenalan tentang “rule and regulation, boundary and limitation” asas hudud dalam pengurusan bayi.

SAMPAI BILA HARUS DI BEDUNG?

Ada yang menganjurkan maksima 1 bulan, ada yang kata sampai 3 bulan, bagi sesetengah orang lama ada yang menganjurkan sehingga 6-8 bulan, mungkin itu agak terlalu lama. Bagi kami ia harus berdasarkan konsep “apply to effect”.

Masih ingat Hadis nabi yang menganjurkan pendidikan 100 tahun sebelum kelahiran bayi? Yang menganjurkan pendidikan itu dari lahir hingga ke liang lahad? Mari kita pelajari lagi.
Pelbagai reaksi berupa protes dari kalangan ibu muda banyak berlaku dalam hal bedung ini. Tidak kurang yang bergaduh sampai mengeluarkan kata kesat, ini anak aku, aku yang mengandung, ikut aku lah apa aku nak buat.!

Ingatlah wahai ibu muda sekalian, walaupun ia sekadar satu ‘kata hati’ yang tidak diluah, ia tetap dapat dibaca oleh orang tua kita yang sudah banyak makan garam, cukup masak dengan tabiat body language kita. Jika sampai mereka ‘terasa hati’ apatah lagi sampai menitiskan air mata, maka kita sudah jadi derhaka yang tidak akan cium bau syurga.
 “What goes around comes around” TUNGGU PULA GILIRAN KITA BILA ANAK SENDIRI BESAR NANTI. Bagaimana ianya berlaku?

Bayi yang baru lahir hanya belajar melalui bunyi dan sentuhan. Jika anda marah maka suara anda berbeza, nadi anda berbeza, otot anda akan kejang (stiff). Bayi sangat sensitif. Ini akan membina sahsiah awal bayi anda secara negetif juga. Ia menjadi pendidikan melalui ‘body language’ dan system saraf anda yang memberikan hasil negetif sehingga jangka panjang.

Tahukah Anda kenapa ular, kucing, anjing garang pun jarang mencederakan bayi? Ini kerana hati mereka bersih ibarat kain putih. Mereka tidak kenal musuh dan tidak bermusuh dengan haiwan itu. Oleh itu mereka tenang dan tidak mengancam haiwan tersebut, walaupun baby duduk atau pijak atas kucing itu sekalipun, tetap tidak akan dicederakan. Anjing yang sama akan menerkam sebelum kita dekati lagi, kerana kita ada reaksi negetif yang dikesan getarannya oleh mereka.

Balik kepada bedung, Kajian kami merumus dan mencadangkan ia di buat mengikut kondisi. Di sini perlunya iqra’ atau membaca keadaan. Selain dari membuatkan anak merasa aman untuk tidur tanpa masalah kejutan yang berbagai-bagai, bedung juga mengawal ronta dan mengeliat yang berlebihan. Ini juga memudahkan kita mendokong anak. Oleh itu bedungan harus mengikut perkembangan jasad anak anda. Yang penting bayi anda harus dapat merasakan kongkongan bedung itu setelah pergerakan motor anggotanya mulai aktif. Wajarnya antara sekitar 2-4 bulan, di mana pegerakan motor mula aktif, teruskan mengongkong pergerakan itu seketika lagi.

BEDUNGAN MUHTASYABIHAT?

Ini yang paling penting. Selepas melepaskan bedungan jasmani. Teruskanlah dengan bedungan rohani. Selepas kira-kira 3 bulan anak kita sudah boleh melihat dan berinteraksi mata dengan jelas dan pasti. 

Waktu ini anak sudah kenal ibu, bapa, susu, makanan dan sebagainya. Teruskan dengan bedungan suara, tangan, kerusi roda, buaian dan lain-lain untuk menyekat kebebasan pergerakan bayi. Jika kita mahu anak kita patuh, jangan kita tunjukkan kedegilan kita terhadap orang tua dan suami depan mereka. Jangan sentuh anak dengan kasar tanpa sebab, jangan sering meninggi suara depan mereka. Anak akan copy dengan cepat sekali.

INILAH ASAS HUDUD YANG SEBENAR, DARI PERINGKAT BAYI DALAM KELUARGA ISLAM.

Jika tidak kita bedung rohani mereka dari perkara-perkara negatif, nanti apabila mereka sudah remaja dan dewasa, mereka tak mampu kita bendung lagi. Mereka akan memberontak kerana kongkongan (bedung) baru nak dilaksanakan hanya selepas mereka mampu melawan.

Amalkan bedung sejak bayi, ketika mereka tak mampu melawan dan hanya menurut sahaja sehingga mereka biasa dengan kongkongan itu. Pada sudut kerohanian pula, Jika anak dari kecil sudah dibedung / dikongkong rohaninya, contohnya dari berkeliaran membuat kerosakan, pasti setelah bedung mereka dibuka, iaitu semasa mereka telah akil baligh nanti, mereka boleh bawa diri, di asrama dan universiti contohnya, tidak perlu kita kongkong dan pantau sangat lagi. 

Insyaallah mereka MAMPU MEMBEDUNG dan MENGONGKONG diri mereka dengan aturan ala ‘bedung’ yang telah kita biasakan mereka sejak awal melalui akal dan disiplin yang diterapkan.

Ibu-ibu Prihatin mengambil langkah berundur ke belakang. Kami tidak menolak untuk membedung bayi sejak hari pertama anak-anak dilahirkan. Anda bagaimana?

Kudap-kudap dari Ibu-ibu WARGA PRIHATIN


Sumber dan perkongsian hebat dari sini.Terima kasih di atas artikel hebat ini.
http://prihatin.net.my/v3/2013/09/11/tid-bit-parenting-13-bedung-budaya-yang-dilupakan-asas-hudud-bagi-bayi/
 Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kami disini menjual BARUT & BEDUNG BABY MURAH & CANTIK.




Cepat hubungi kami.

Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb: Nastasha Nordin
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com 

No comments:

Post a Comment