Salam Satu Malaysia,
Alhamdullilah...Masyaallah
Saja saya ingin kongsikan fakta ini, terkejut juga bila saya baca. Terkejut disebabkan terpesona dengan keindahan kejadian seseorang bayi. Tak di sangkal oleh akal manusia tentang kebesaran Allah yang satu ini.
Mari kita sama-sama baca,
16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI
1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
Disebabkan itu sebaiknya baby dibedungkan dan kaki diluruskan dengan betul bagi mengelakkan kaki baby senget
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Bayi mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Sebaiknya selepas beberapa saat bayi dilahirkan, baby diletakkan di badan ibunya untuk baby bau sendiri bau badan ibunya dan untuk mereka rasa lebih selamat dan selesa.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
Disebabkan itu, baby perlu dibarut dan dibedungkan dengan baik dan sempurna bagi mengelakkan insan kecil ini mudah terperanjat atau terkejut.
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
Bayi perlu tidur lebih lama dari orang dewasa kerana kajian mengatakan bayi yang lena tidurnya akan membesar lebih baik berbanding yang lain - lebih elok dibedungkan.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Masyaallah..indahnya kejadian Allah ini. Semoga putera puteri kita akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Amin
Semoga info ini bermanfaat.
klik sini segera CARA-CARA UNTUK MEMBELI BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK.
Cepat hubungi kami.
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb: Nastasha Nordin
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com
No comments:
Post a Comment