Tuesday, 2 September 2014

KEPENTINGAN & KEBAIKAN BABY MEMAKAI BARUT? - KUNO SANGAT KE?

Salam Semua,

Berbarut dan Berbedung adalah amalan popular bagi masyarakat Melayu khususnya bagi ibu yang baru saja melahirkan anak. Sudah menjadi tradisi, bayi yang dilahirkan dipakaikan barut yang dipercayai dapat melindungi bahagian perut bayi dari mengalami kembung perut dan penyakit yang lain.

Amalan berbarut  dilakukan ke atas bayi yang baru lahir seawal usia sehari. Sementara itu, berbedung pula dilakukan ke atas bayi tanpa mengira usia kelahiran. Walau bagaimanapun, dalam budaya Melayu, berbedung sering dilakukan pada usia sehari bayi dilahirkan sehingga berusia  6 bulan.

Terpanggil saya untuk kongsikan kepada semua;

 KEPENTINGAN & KEBAIKAN BABY MEMAKAI BARUT?

* untuk memelihara perut bayi (bahagian dada dan kebawah) yang masih lembut.
* untuk mengelakkan tali pusat baby yang masih belum tertanggal dari dimakan serangga atau jangkitan kuman.
* mengelakkan baby kembung perut akibat terdedah (hanya berpakaian)
* membuatkan baby merasa lebih selesa apabila perut baby kedap ditutupi barut.
* memudahkan tali pusat baby kering dengan cepat dan tertanggal.
* mengelakkan rasa hentakan di dada baby jika mereka tidak dipegang dengan betul.
* jika tali pusat baby bersedia ditanggalkan,ianya tidak akan jatuh atau hilang, kerana sudah ditutupi barut.
* mengelakkan baby dari menangis akibat kembung perut
* mengelakkan baby mudah terkena penyakit seperti selsema dan batuk akibat dada ditutupi barut.


ihsan dari majalah Pa&Ma


Pengalaman saya ketika barutkan dua anak kesayangan saya setelah mereka dilahirkan iaitu Ariq Ikhwan dan Aisyah Imani.

1-Ariq Ikhwan

Anak lelaki perlukan jagaan lebih kerana mereka mudah terdedah pada masalah angin pasang.jika badan mereka dimasuki angin,mudah mereka mendapat penyakit lain.lebih-lebih lagi masalah angin pasang.Ariq Ikhwan pakai barut sehingga 8 bulan dimana ketika itu beliau sudah mencecah 9 kg.alhamdullilah,saiz barut yang kami sediakan mampu digunakan sehingga beliau sebesar itu.

Beliau tidak pernah alami masalah kembung perut kerana sehingga 8 bulan saya barutkan beliau siang dan malam.

2- Aisyah Imani

Beliau memakai barut sehingga 6 bulan. 5 bulan pertama beliau pakai setiap masa.siang dan malam.setelah 5 bulan dan keatas, saya pakaikan hanya di waktu malam sahaja. Tiada sebab yang utama saya tidak barutkan anak terlalu lama,cuma keadaan Aisyah Imani sangat baik bebas dari masalah kembung perut. Alhamdullilah.

Kuno sangat ke jika kita barutkan baby lebih lama sehingga mereka sudah boleh berjalan?

Jawapan saya, TIDAK SAMA SEKALI. Walaupon dianggap tradisi sejak nenek moyang kita,tapi tradisi ini ada logiknya. Ianya melibatkan kesihatan dalaman. Mungkin sekarang baby tidak ada penyakit yang merbahaya, namun masakan tidak, bila mereka besar nanti, masalah kesihatan boleh berpunca dari penjagaan yang tidak sempurna sejak dari berpantang atau baby lagi.

Sebab sekarang ini,pemerhatian saya, baby seawal 3 bulan sudah tidak berbarut lagi dengan alasan baby panas atau baby tidak selesa.

Bagi memudahkan ibu-ibu sekalian, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan menjual BARUT BABY & BEDUNG BABY MURAH & CANTIK.

model-model bertuah yang sangat comel dengan menggunakan produk BARUT BAYI MURAH dari kami.


Dapatkan di:

Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb: Nastasha Nordin
blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com


No comments:

Post a Comment