Thursday, 4 September 2014

BEDUNG ANAK SEHINGGA DEWASA? - MEMBEDUNG BAYI, BUDAYA YANG DILUPAKAN

Bedung Budaya Yang Dilupakan. 
Asas Hudud Bagi Bayi

Orang tua-tua dulu-dulu memberi nasihat kepada ibu-ibu muda jika tidak membedung anak akan menjadikan anak kengkang jalannya. Tapi pada hakikatnya membedung itu mempunyai Kelebihan yang tersendiri dari segi pendidikan jika kita tahu kebaikan dan kelebihanya. Jika mereka kengkang secara fiziklal saja tak apa. Tetapi yang paling kita takuti ialah kengkang juga rohani atau akhlaknya.

Dewasa ini kebanyakan bayi yang baru lahiroleh ibu bapa moden menggunakan cara yang ringkas. umpamanya apabila anak yag baru lahir terus sahaja dipakaikan lampin pakai buang. Maklumlah zaman sudah berubahdan cara kehidupan kita juga sudah berubah.

Apa yang kami ingin nampakkan di sini adalah peri penting untuk meneruskan kesinambungan budaya membedung bayi yang baru lahir. Tahukah anda bahawa bayi tidak mempunyai penglihatan semasa dilahirkan? Walaupun matanya kita lihat seperti celik, yang ada pada bayi tersebut hanyalah pendengaran.

Al Quran sendiri menjelaskan fenomena ini dalam surah 16. An Nahl 78. 

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.

Begitulah asal perkembangan manusia, lahir hanya berbekalkan pendengaran, selepas kira-kira 3 bulan barulah bayi dapat pengelihatan. Hati bayi pula mula berfungsi apabila mereka mula mampu berkata-kata. Itulah tanda perkembangan hidup kita. Untuk para ibu sekelian bayi-bayi yang baru dilahirkan ada baiknya kita “bedung” mereka.
Ada juga ibu-ibu moden mengatakan tak sesuai untuk membedung bayi dengan alasan bayi panas, ganggu pergerakan motorik anggota dan perkembangan otak dan bermacam-macam lagi. Ingin kami kongsikan “significance” membedung bayi terhadap perkembangan jasad dan sahsiah bayi itu sendiri.

Di dalam rahim ibu, bayi terlindung sepenuhnya, hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan bunyi dan cahaya. Oleh kerana bayi tidak dapat melihat sebaik dilahirkan, maka hanya deria pendengaran dan sedikit deria rasa saja yang ia ada. Ini akan membuatkan bayi “over-react” pada bunyi dan sentuhan. Ini membuatkan bayi terlalu sensitif dengan ransangan bunyi dan sentuhan itu dan mudah terkejut dan terganggu, khususnya waktu tidur. Tanpa ketenangan itu proses kematangan tisu dan otak akan terganggu.

Sebagaimana bayi perlu tidur yang cukup. Begitulah juga kesinambungan anggota yang perlu ditenangkan untuk memberi peluang kematangan sel-sel otak dan anggota untuk matang. Kejutan demi kejutan akan menyebabkan bayi terganggu bukan saja fizikalnya, malah perkembangan otaknya. Selain itu, tidak kurang bayi yang gagal mengawal tangan dan jari sehingga tanpa sedar melukakan mulut, mata, hidung dan telinga mereka.

Ini agak berbeza dengan pandangan sesetengah ibu moden yang mengatakan membedung akan mengganggu perkembangan bayi.

Aisyah Imani lena tidur berbedung seawal sehari dilahirkan


Cuba perhatikan. Bagi mereka yang terlewat membedung bayi, akan dapat melihat tindakbalas bayi berupa protes terhadap bedungan pada hari pertama. Tangan atau kaki sukar untuk diluruskan. Secara psikologi pula, tujuan bayi yang baru dilahirkan dibedung adalah untuk membiasakan anak itu dari awal lagi tentang unsur-unsur batas. Itulah pengenalan tentang “rule and regulation, boundary and limitation” asas hudud dalam pengurusan bayi.

SAMPAI BILA HARUS DI BEDUNG?

Ada yang menganjurkan maksima 1 bulan, ada yang kata sampai 3 bulan, bagi sesetengah orang lama ada yang menganjurkan sehingga 6-8 bulan, mungkin itu agak terlalu lama. Bagi kami ia harus berdasarkan konsep “apply to effect”.

Masih ingat Hadis nabi yang menganjurkan pendidikan 100 tahun sebelum kelahiran bayi? Yang menganjurkan pendidikan itu dari lahir hingga ke liang lahad? Mari kita pelajari lagi.
Pelbagai reaksi berupa protes dari kalangan ibu muda banyak berlaku dalam hal bedung ini. Tidak kurang yang bergaduh sampai mengeluarkan kata kesat, ini anak aku, aku yang mengandung, ikut aku lah apa aku nak buat.!

Ingatlah wahai ibu muda sekalian, walaupun ia sekadar satu ‘kata hati’ yang tidak diluah, ia tetap dapat dibaca oleh orang tua kita yang sudah banyak makan garam, cukup masak dengan tabiat body language kita. Jika sampai mereka ‘terasa hati’ apatah lagi sampai menitiskan air mata, maka kita sudah jadi derhaka yang tidak akan cium bau syurga.
 “What goes around comes around” TUNGGU PULA GILIRAN KITA BILA ANAK SENDIRI BESAR NANTI. Bagaimana ianya berlaku?

Bayi yang baru lahir hanya belajar melalui bunyi dan sentuhan. Jika anda marah maka suara anda berbeza, nadi anda berbeza, otot anda akan kejang (stiff). Bayi sangat sensitif. Ini akan membina sahsiah awal bayi anda secara negetif juga. Ia menjadi pendidikan melalui ‘body language’ dan system saraf anda yang memberikan hasil negetif sehingga jangka panjang.

Tahukah Anda kenapa ular, kucing, anjing garang pun jarang mencederakan bayi? Ini kerana hati mereka bersih ibarat kain putih. Mereka tidak kenal musuh dan tidak bermusuh dengan haiwan itu. Oleh itu mereka tenang dan tidak mengancam haiwan tersebut, walaupun baby duduk atau pijak atas kucing itu sekalipun, tetap tidak akan dicederakan. Anjing yang sama akan menerkam sebelum kita dekati lagi, kerana kita ada reaksi negetif yang dikesan getarannya oleh mereka.

Balik kepada bedung, Kajian kami merumus dan mencadangkan ia di buat mengikut kondisi. Di sini perlunya iqra’ atau membaca keadaan. Selain dari membuatkan anak merasa aman untuk tidur tanpa masalah kejutan yang berbagai-bagai, bedung juga mengawal ronta dan mengeliat yang berlebihan. Ini juga memudahkan kita mendokong anak. Oleh itu bedungan harus mengikut perkembangan jasad anak anda. Yang penting bayi anda harus dapat merasakan kongkongan bedung itu setelah pergerakan motor anggotanya mulai aktif. Wajarnya antara sekitar 2-4 bulan, di mana pegerakan motor mula aktif, teruskan mengongkong pergerakan itu seketika lagi.

BEDUNGAN MUHTASYABIHAT?

Ini yang paling penting. Selepas melepaskan bedungan jasmani. Teruskanlah dengan bedungan rohani. Selepas kira-kira 3 bulan anak kita sudah boleh melihat dan berinteraksi mata dengan jelas dan pasti. 

Waktu ini anak sudah kenal ibu, bapa, susu, makanan dan sebagainya. Teruskan dengan bedungan suara, tangan, kerusi roda, buaian dan lain-lain untuk menyekat kebebasan pergerakan bayi. Jika kita mahu anak kita patuh, jangan kita tunjukkan kedegilan kita terhadap orang tua dan suami depan mereka. Jangan sentuh anak dengan kasar tanpa sebab, jangan sering meninggi suara depan mereka. Anak akan copy dengan cepat sekali.

INILAH ASAS HUDUD YANG SEBENAR, DARI PERINGKAT BAYI DALAM KELUARGA ISLAM.

Jika tidak kita bedung rohani mereka dari perkara-perkara negatif, nanti apabila mereka sudah remaja dan dewasa, mereka tak mampu kita bendung lagi. Mereka akan memberontak kerana kongkongan (bedung) baru nak dilaksanakan hanya selepas mereka mampu melawan.

Amalkan bedung sejak bayi, ketika mereka tak mampu melawan dan hanya menurut sahaja sehingga mereka biasa dengan kongkongan itu. Pada sudut kerohanian pula, Jika anak dari kecil sudah dibedung / dikongkong rohaninya, contohnya dari berkeliaran membuat kerosakan, pasti setelah bedung mereka dibuka, iaitu semasa mereka telah akil baligh nanti, mereka boleh bawa diri, di asrama dan universiti contohnya, tidak perlu kita kongkong dan pantau sangat lagi. 

Insyaallah mereka MAMPU MEMBEDUNG dan MENGONGKONG diri mereka dengan aturan ala ‘bedung’ yang telah kita biasakan mereka sejak awal melalui akal dan disiplin yang diterapkan.

Ibu-ibu Prihatin mengambil langkah berundur ke belakang. Kami tidak menolak untuk membedung bayi sejak hari pertama anak-anak dilahirkan. Anda bagaimana?

Kudap-kudap dari Ibu-ibu WARGA PRIHATIN


Sumber dan perkongsian hebat dari sini.Terima kasih di atas artikel hebat ini.
http://prihatin.net.my/v3/2013/09/11/tid-bit-parenting-13-bedung-budaya-yang-dilupakan-asas-hudud-bagi-bayi/
 Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kami disini menjual BARUT & BEDUNG BABY MURAH & CANTIK.




Cepat hubungi kami.

Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb: Nastasha Nordin
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com 

DOA MELINDUNGI & MEMELIHARA ANAK KECIL DARI SEBARANG GANGGUAN

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Ibu Ayah Semua,

Dah masuk awal September kita kan. Sedar tak sedar sudah nak menghampiri penghujung tahun 2014. Cepatnya masa berlalu.

Bagaimana dengan kesihatan anak-anak sekalian?
Risau dengan kesihatan anak-anak yang tidak menentu yang pastinya mudah berjangkit dengan cepat. Keadaan cuaca yang tidak menentu dimana kerap hujan selepas panas yang terik. Ianya juga boleh menjadi antara punca keadaan kesihatan anak-anak.

Apatah lagi jika anak bersekolah atau terdedah dengan aktiviti-aktiviti luar yang sememangnye terdedah dengan pencemaran hakiki. Makin risaula hati ibu ayah semua.

Ini saya kongsikan satu doa yang boleh ibu ayah amalkan bagi melindungi anak-anak kita samaada yang masih kecil atau sudah dewasa.


gambar ihsan dari google


Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kami disini menjual BARUT & BEDUNG BABY MURAH & CANTIK.


Cepat hubungi kami.

Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb: Nastasha Nordin
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com 

SERIUS?? FAKTA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG BABY

Salam Satu Malaysia,

Alhamdullilah...Masyaallah
Saja saya ingin kongsikan fakta ini, terkejut juga bila saya baca. Terkejut disebabkan terpesona dengan keindahan kejadian seseorang bayi. Tak di sangkal oleh akal manusia tentang kebesaran Allah yang satu ini.

Mari kita sama-sama baca,


16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
Disebabkan itu sebaiknya baby dibedungkan dan kaki diluruskan dengan betul bagi mengelakkan kaki baby senget

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Bayi mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Sebaiknya selepas beberapa saat bayi dilahirkan, baby diletakkan di badan ibunya untuk baby bau sendiri bau badan ibunya dan untuk mereka rasa lebih selamat dan selesa.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
Disebabkan itu, baby perlu dibarut dan dibedungkan dengan baik dan sempurna bagi mengelakkan insan kecil ini mudah terperanjat atau terkejut.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
Bayi perlu tidur lebih lama dari orang dewasa kerana kajian mengatakan bayi yang lena tidurnya akan membesar lebih baik berbanding yang lain - lebih elok dibedungkan.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.


Masyaallah..indahnya kejadian Allah ini. Semoga putera puteri kita akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Amin

Semoga info ini bermanfaat.


Cepat hubungi kami.

Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb: Nastasha Nordin
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com 

CARA-CARA MEMBEDUNG BABY DENGAN PRODUK BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK KAMI - TEKNIK YANG BETUL

Salam dan Selamat Sejahtera Semua,

Bagi ibu ayah yang sudah mendapat cahayamata, tahniah pihak kami ucapkan. Jagalah permata beharga rezeki dari Allah dengan baik.

Kami disini berusaha membantu dalam menyediakan produk yang terbaik dan berkualiti khasnya untuk kegunaan si manja anda. Semestinya produk BARUT & BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK sentiasa mendapat sambutan hangat dari semua.

Suka saya berkongsi teknik-teknik yang betul untuk membedung si manja anda bagi memastikan baby tidak rasa sakit, panas atau tidak selesa.

CARA-CARA MEMBEDUNG BABY DENGAN PRODUK BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK KAMI 
- TEKNIK YANG BETUL

ikhsan dari Pa&Ma

LANGKAH (1)

Bentang kain BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK diatas permukaan rata dan lipatkan sedikit dihujung (satu bahagian sahaja)

LANGKAH (2)

Letakkan baby dibahagian lipatan selari dengan bahu baby. Lipatkan tangan baby sedikit seperti baby memeluk badannya sendiri (hanya sedikit) atau lebih seperti kita sedang bersembahyang. Ini seperti baby berada di dalam kandungan ibunya.

LANGKAH (3)

Amik bucu sebelah kanan dan lipatkan di sisi tangan baby. Selitkan sedikit di bahagian bawah badan baby untuk rasa kemas dan ketat (asalkan baby selesa). 

LANGKAH (4)

Seterusnya tangan satu lagi dilipatkan juga dan tarik hujung bucu sebelahnya dengan kemas dan selitkan di bawah badan baby. Ynag bahagian atas ini akan bertindak menutupi seluruh badan baby dengan kemas dan selesa.

LANGKAH (5)

Kemaskan bahagian bawah. Pusingkan kain dan buat seperti bunjut dan selitkan secara kemas.

LANGKAH (6) - pilihan

boleh ikat baby (seperti dalam gambar terakhir) dengan menggunakan kain yang panjang. Bertujuan untuk mengelakkan bedung baby terbuka.

Selamat mencuba =)

Ibu Ayah dah membeli barut & bedung baby ke?
Meh dapatkan dengan kami
BARUT & BEDUNG BABY MURAH & CANTIK


Cepat hubungi kami.

Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb: Nastasha Nordin
blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com

email: nastasha.nordin@gmail.com

Wednesday, 3 September 2014

MENGAPA BABY DIBEDUNGKAN? - KELEBIHAN & KEPENTINGAN BEDUNG BABY

Salam Ibu Ayah Semua,

Pernah tak ibu ayah terfikir mengapa baby dibedungkan seawal mereka dilahirkan?
Apa kesan positif yang menyebabkan amalan membedung baby merupakan satu perkara utama yang perlu ibu-ibu belajar dan praktikkan kepada si manja mereka.

Mari kita kongsikan 

KELEBIHAN & KEPENTINGAN MEMBEDUNG BAYI;


  • membantu bayi tidur lebih lena apabila dibedung dengan kemas.
  • meluruskan kaki bayi apabila diikat lurus dan ketat dibahagian badan dan kaki.
  • mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak akibat bunyi bising sekeliling mereka 
  • membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa – bayi merasa hangat seperti didalam kandungan ibunya (9 bulan duduk dalam rahim ibu..pasti baby rasa selesa dan selamat..yang penting baby sukakan kehangatan)
  • mengelakkan baby dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan. Kebanyakan baby mempunyai kuku yang tajam sehingga boleh mencederakan badan dan mukanya. Selain itu, ia menghalang baby dari menghisap sarung tangan yang dipakai.
  • mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut. 


  • Aisyah Imani bebas tanpa dibedung



    Aisyah Imani lena dibedung


    Wah, sungguh lena apabila Aisyah Imani dibedungkan. Dan struktur badan Aisyah diikat dengan ketat dan kemas seperti ketika Aisyah di dalam kandungan mama. Baby merasakan mereka dipeluk dengan erat apabila dibedungkan dengan betul.

    Gambar di atas, Aisyah masih tidur walaupon tidak dibedung. Tetapi ternyata Aisyah tidak lena kerana banyak bergerak semasa tidurnya. Sekejap-sekejap rasa terperanjat dan perlu didodoi untuk tidurkan semula. Bedung yang dibeli, boleh juga dijadikan alas tidur, selimut ataupun tuala mandi. Kerana material cotton flannel yang terbaik ini memang sangat lembut dan mudah menyerap lembapan

    * aksi Aisyah Imani 10 hari berbedung dan tidak berbedung.

    Ingin tahu cara untuk dapatkan BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK ini?


    Cepat hubungi kami.

    Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
    Call/Wasap/Msg: 012-9334940
    Fb: Nastasha Nordin
    blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
    email: nastasha.nordin@gmail.com


    Tuesday, 2 September 2014

    BAGAIMANA MEMBUAT BELIAN DENGAN KAMI? - BARUT & BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK


    Salam Ibu Ayah hebat sekalian,

    Mencari barut dan bedung bayi kan? Jemput baca dulu link ini dan kami akan kongsikan cara-cara membuat pembelian BARUT & BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK ini.

    Klik sini untuk tahu MENGAPA BARUT & BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK ini terbaik dan wajib menjadi pilihan ibu ayah untuk si manja?

    Dan bagaimana pula cara membelinya?

    Pastinya kami tidak akan menyusahkan ibu ayah semua. Kami bersedia memberikan servis terbaik untuk anda semua.



    Didalam gambar ada cara-cara membeli barut & bedung bayi murah & cantik.
    Di harap segalanya dipermudahkan ye.

    Cepat hubungi kami.

    Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
    Call/Wasap/Msg: 012-9334940
    Fb: Nastasha Nordin
    blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
    email: nastasha.nordin@gmail.com

    HEBAT SANGAT KE BARUT BAYI MURAH & CANTIK KELUARAN KAMI?

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,

    Kami disini menjual BARUT BAYI MURAH & CANTIK keluaran dan design kami sendiri. Setelah 4 tahun terlibat di dalam bidang pembuatan barut bayi ini, kami berkeyakinan mampu menyediakan khidmat yang terbaik dari segi mutu, material dan servis kami yang tiada tolok tandingannya.

    Selama 4 tahun ini kami bereksperimen dengan permintaan pelanggan kami yang nyata mahukan design dan mutu yang terbaik untuk produk keluaran kami iaitu BARUT BAYI MURAH & CANTIK ini. Alhamdullilah, kami telah realisasikan sesuatu yang terbaik hasil dari permintaan dan keperluan ramai.

    Dengan memegang motto ''hanya yang terbaik untuk si manja kami'' , kami berusaha semampu boleh menghasilkan produk bermutu dan pelbagai. Kami sangat yakin terhadap penghasilan produk kami iaitu BARUT BAYI MURAH & CANTIK.


    Antara model cilik kami yang bertuah memiliki BARUT BAYI MURAH & CANTIK ini.

    Disebabkan itu, kami ada beberapa sebab untuk kalian memilih produk keluaran kami sebagai pelengkap persediaan barang-barang si manja anda.

    Mahu tahu 

    KENAPA IBU AYAH PERLU MEMILIH BARUT BAYI MURAH & CANTIK KELUARAN KAMI berbanding jenama lain?


    1- Kami memilih material yang ternyata sesuai untuk baby anda. Tahan lasak, tidak panas dan ternyata menyelesakan baby anda. Itu keutamaan kami.

    2- Kami membuat 2 lapisan bagi mengelakkan barut baby mudah rosak atau koyak kerana barut baby kerap dibasuh dan digunakan.

    3- Kami menyediakan 3 tali yang dijait kemas dan kuat serta panjang agar penggunaan barut baby ini tahan lama dan tidak hanya digunakan satu generasi sahaja.pastinya ia boleh diturunkan kepada generasi seterusnya.

    4- Saiz yang agak panjang dan lebar mampu menutupi dada sehingga ke bawah perut baby menunjukkan kepentingan penggunaan barut baby tercapai iaitu perlu tutup dada dan perut bagi mengelakkan baby kembung perut.

    5- Kebanyakan barut bayi yang dijual diluar sana amat kecil dan hanya boleh digunakan ketika di dalam pantang sahaja. Malah tali yang diikat sangat halus kelebarannya. Membuatkan ibu beralasan untuk memakai barut baby dengan lama.

    6- Kepelbagaian warna dan design yang kami sediakan mampu memberi corak dan nafas baru untuk si manja agar kelihatan comel dan menyerlah. ynag utama sangat selesa.

    7- Harga yang kami tawarkan lebih murah jika dibandingkan kualiti yang kami berikan. kerana memang kepakaran kami untuk menghasilkan produk hebat ini BARUT BABY MURAH & CANTIK.



    Ternyata berbaloi dan untung banyak jika membeli produk dari kami. Mari dapatkan sekarang.

    Dapatkan di:

    Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
    Call/Wasap/Msg: 012-9334940
    Fb: Nastasha Nordin
    blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
    email: nastasha.nordin@gmail.com


    BARUT PLAIN BEWARNA - PRODUK TERBAIK BARUT BAYI MURAH & CANTIK

    Salam Satu Malaysia semua,

    Kita semua sedia maklum penggunaan barut bayi ketika bayi dilahirkan sehingga mereka membesar merupakan amalan tradisi yang kita ikut sehingga sekarang. Kerana kita semua tahu terdapat banyak kebaikan dan kelebihan dari amalan tersebut kepada si manja kita nanti lebih-lebih lagi dari segi kesihatan mereka.

    Mari baca disini untuk KEPENTINGAN & KEBAIKAN BABY MEMAKAI BARUT

    Malah kita semua tau, sejak dari zaman dulu, barut baby hanya warna putih menunjukkan kesucian seorang baby yang baru lahir ke muka bumi ini. Nampak sangat lembut dan bersih sahaja apabila barut putih menjadi antara pakaian utama seorang baby.

    Malah ianya merupakan warna selamat jika kita kurang pasti anak kita merupakan seorang lelaki atau perempuan.

    Selain itu, ada juga berpendapat jika baby di beri pakaian bewarna selain putih sehingga habis pantang, baby tersebut mudah terdedah kepada sebarang penyakit. lebih-lebih lagi warna kuning yang dikaitkan dengan penyakit jaundice/penyakit kuning.

    Namun jangan risau, petua itu tidak disahkan kebenarannya. Mungkin kepercayaan ini hanya untuk mengajar ibu dan ayah untuk membuat persediaan bagi kedua-dua jantina. Kan lebih selamat.

    Disebabkan itu, kami di www.barutbedungbabymurah.blogsot.com menyediakan produk kami sendiri iaitu BARUT BAYI MURAH & CANTIK yang terdiri daripada beberapa warna yang sangat cantik dan menarik. Warnanya sangat sesuai untuk si manja anda supaya kelihatan sangat cantik dan comel. Pastinya sangat selesa. 

    Kami juga menggunakan material kain yang sangat sesuai untuk si manja anda. Pilihan cotton yang terbaik dari kami.

    Rujuk disini untuk PRODUK & KELEBIHAN BARUT BAYI MURAH & CANTIK keluaran kami.



    Terdapat 10 warna yang kami sediakan yang mana mampu mengubah warna si manja anda setiap hari. Pastinya warna-warna yang ditawarkan sesuai untuk baby lelaki, baby perempuan atau baby yang belum sah jantinanya (unisex). Yang utama, kami menghormati setiap pilihan warna ibu ayah sekalian.

    Mari membuat pilihan. Pastinya rambang mata kan dengan warna comel ini.












    Kami harap ibu ayah semua dapat membuat pilihan warna yang terbaik untuk si manja anda. Jika sudah ada warna yang berkenan, jangan malu-malu dan segan untuk hubungi kami.

    ''Pastinya pilihan ibu dan ayah yang terbaik untuk si manja anda''

    Dapatkan di:

    Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
    Call/Wasap/Msg: 012-9334940
    Fb: Nastasha Nordin
    blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
    email: nastasha.nordin@gmail.com


    BARUT BABY & BEDUNG BABY YANG MURAH & CANTIK

    Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia kepada semua ibu dan ayah sekalian,

    Sebelum memulakan cerita, kami di www.barutbedungbabymurah.blogspot.com ingin mengucapkan





    Bagi ibu ayah yang bakal menerima 'orang baru' dalam hidup anda, dah sediakan beberapa kelengkapan baby ke?

    Nah, kami di sini bersedia membantu anda untuk menyediakan antara kelengkapan penting bagi persediaan berpantang atau pembesaran si manja anda.

    Kepakaran kami ialah membantu para ibu dan ayah diluar sana untuk menyediakan satu persiapan penting bagi menyambut 'orang baru' nanti. Kami menyediakan perkhidmatan menjual BARUT BABY & BEDUNG BABY MURAH & CANTIK yang nyata mengikut spesifikasi ibu-ibu diluar sana supaya baby anda nampak sangat comel, cantik, bergaya dan selesa. Yang pasti design kami sangat eksklusif dengan pilihan warna dan corak yang pelbagai. Design dan warna yang terbaik hanya dari syarikat kami sahaja dimana semua material yang kami pilih hanya yang terbaik.




    Tahukah ibu ayah semua, kenapa BARUT BAYI merupakan satu kelengkapan penting yang perlu disediakan untuk simanja anda?
    Mari kami kongsikan segala infonya,


    Kebaikan & Kepentingan memakai 
    BARUT BABY MURAH & CANTIK


    * untuk memelihara perut bayi (bahagian dada dan kebawah) yang masih lembut.
    * untuk mengelakkan tali pusat baby yang masih belum tertanggal dari dimakan serangga atau jangkitan kuman.
    * mengelakkan baby kembung perut akibat terdedah (hanya berpakaian)
    * membuatkan baby merasa lebih selesa apabila perut baby kedap ditutupi barut.
    * memudahkan tali pusat baby kering dengan cepat dan tertanggal.
    * mengelakkan rasa hentakan di dada baby jika mereka tidak dipegang dengan betul.
    * jika tali pusat baby bersedia ditanggalkan,ianya tidak akan jatuh atau hilang, kerana sudah ditutupi barut.
    * mengelakkan baby dari menangis akibat kembung perut
    * mengelakkan baby mudah terkena penyakit seperti selsema dan batuk akibat dada ditutupi barut.

    Disebabkan pentingnya BARUT BABY MURAH & CANTIK  inilah yang menyebabkan kami berusaha untuk mengeluarkan produk yang sangat terbaik ini untuk kegunaan si manja anda yang baru lahir ke dunia ini. Pastinya hanya yang terbaik ari kami untuk si manja anda.

    Kelebihan & Kebaikan 
    BARUT BABY MURAH & CANTIK 
    keluaran kami

    * kami menyediakan 10 warna bagi barut plain bewarna
      (putih, biru, pink, purple, oren, merah, kuning lime, hijau, turqoise)
    * kami menyediakan barut bercorak yang sangat comel, cantik dan pastinya murah
    * mempunyai 2 lapisan depan dan belakang dan dijait tepi dengan kemas
    * bersaiz panjang dan lebar 22' x 5.5' (boleh pakai lama)
    * bertali 3 dan panjang
    * material yang terbaik dan sangat selesa untuk pnggunaan baby
    * material tidak panas dan membuatkan baby ruam
    * jaitan yang kemas dan tidak mudah tertanggal walau di basuh berkali-kali.

    HEBAT SANGAT KE BARUT BAYI MURAH & CANTIK NI? - klik sini untuk info

    Produk BARUT BABY MURAH & CANTIK
     yang kami sediakan

    1- barut plain bewarna (10 warna comel disediakan)
        (putih, biru, pink, purple, oren, merah, kuning lime, hijau, turqoise) - sila rujuk gambar           dibawah

    * barut mempunyai 2 lapisan.dibahagian bawah dan atas ialah material yang sama.
    * menggunakan material 100% cotton buatan china.
    * bersaiz panjang dan lebar 22' x 5.5' (boleh pakai lama)
    * bertali 3 dan panjang
    * menggunakan tali yang kuat dan tidak mudah rapuh
    * (produk mengikut stock sedia ada sahaja)



    2- barut bercorak (children design)

    * barut mempunyai 2 lapisan.
    dibahagian bawah ialah material 100% cotton buatan china dan diatas ialah material cotton flannel/kain kapas
    * bersaiz panjang dan lebar 22' x 5.5' (boleh pakai lama)
    * bertali 3 dan panjang
    * menggunakan tali yang kuat dan tidak mudah rapuh
    * (produk mengikut stock sedia ada sahaja)





    Sepanjang kami menjual produk BARUT BABY MURAH & CANTIK ini, alhamdullilah pelbagai testimoni berkenaan kepuas hatian pelanggan yang membeli dari kami. Semuanya hanya untuk si manja tersayang.

    Ibu mana yang tak gembira jika usaha ibu menyediakan kelengkapan terbaik berhasil dan terbukti. Kami sangat gembira apabila pelanggan dengan ikhlas hati memberikan testimoni terbaik ini. Jemput baca



    Syukur.mereka sangat berpuas hati. Ibu ayah bagaimana?
    Dah sediakan barut baby untuk bayi anda? Jangan segan-segan, buat pilihan dan cepat hubungi kami ya. Bertindak segera sementara stock masih ada.

    klik sini untuk keterangan lanjut berkenaan cara-cara membuat oder dengan BARUT & BEDUNG BAYI MURAH & CANTIK


    Kawasan: Cheras,Ampang, Bnadar Tun Razak, Kajang
    Call/Wasap/Msg: 012-9334940
    Fb: Nastasha Nordin
    blog: www.barutbedungbabymurah.blogspot.com
    email: nastasha.nordin@gmail.com